Wednesday, 18 December 2013

Gattuso Ditahan Atur Perlawanan

Rome: Gennaro Gattuso yang pernah menganggotai skuad Piala Dunia Itali 2006, disiasat polis manakala empat individu lain ditahan berhubung skandal mengatur perlawanan, kata polis Itali.
Gattuso, 35, yang mengendalikan kelab divisyen dua, Palermo, dipecat awal tahun ini apabila disyaki terbabit dengan sekumpulan penjenayah dengan niat mahu mengatur perlawanan liga bola sepak.

Masalah lama melanda Itali itu membawa kepada penahanan empat individu lain - semuanya dikaitkan dengan sindiket mengatur perlawanan liga tempatan.
Polis enggan mendedahkan di mana Gattuso ditahan tetapi operasi khas seluruh Itali itu diketuai pejabat penguat kuasa Cremona, agensi pertama yang mendedahkan skandal itu pada 2010.

Empat individu yang ditahan itu dikenali sebagai Salvatore Spadaro, Francesco Bazzani, Cosimo Rinci dan Fabio Quadri, kata agensi berita Ansa.

Spadaro dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ‘Bolognese’ yang pernah mempunyai hubungan dengan bekas pemain seperti Giuseppe Signori yang ditahan polis pada 2010 selepas siasatan mendapatinya terbabit dengan skandal mengatur perlawanan.
Bazzani turut dikaitkan dengan Signori serta Almir Gegic, seorang lagi anggota kumpulan sindiket mengatur perlawanan di Itali.

Rinci yang juga pengerusi kelab bola sepak Riccione dan Quadri, dikaitkan dengan Spadaro. - APF

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets