Wednesday, 18 December 2013

Real Rayu Batal Kad Merah Ramos

Madrid: Real Madrid akan mengemukakan rayuan ke atas kad merah yang dilayangkan kepada Sergio Ramos (gambar kanan) pada perlawanan menentang Osasuna, Sabtu lalu dengan jurulatih Carlo Ancelotti berdepan krisis pemilihan menjelang pertemuan di Valencia hujung minggu ini.
Ramos mencatat rekod peribadi apabila dilayang kad merah kali ke-18 ketika pasukannya seri 2-2 di Osasuna. Kad kuning pertama dilayangkan kerana mengasari pemain sayap Rojillo, Alvaro Cejudo sebelum diarah keluar padang apabila mengasari pemain tengah, Roberto Torres.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu mendakwa kekasaran dilakukannya ke atas Torres tidak disengajakan dan berpendapat kad kuning pertama juga satu kesilapan pengadil.
Madrid mahu keputusan penggantungan ke atas pemain itu ditarik balik kerana Pepe turut dikenakan hukuman serupa manakala Raphael Varane masih tidak boleh diturunkan akibat kecederaan. Ia bermakna pemain muda, Nacho Fernandez dan pemain pertahanan, Alvaro Arbeloa menjadi harapan Ancelotti untuk pertembungan di Mestalla, Ahad ini. Media melaporkan, Real yakin rayuan itu akan berjaya kerana penggantungan Ramos pada musim 2011-12 pernah ditarik balik. - Agensi

Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets